Seorang blogger yang sangat popular, Dato Ruhanie Ahmad, mantan wartawan dan ahli politik UMNO, telah menulis awal pagi ini menyatakan bahawa YAB Dato Seri Abdullah Badawi akan meneruskan kedudukan dalam UMNO sebagai Presiden dan dalam kerajaan sebagai Perdana Menteri.
Keputusan ini dicapai selepas Abdullah berbincang dengan penyokongnya yang berlarutan sehingga jam 3 pagi. Ini merupakan keputusan yang tidak diduga kerana seluruh negara menunggu keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang ini.
Jika berita ini benar maka ini suatu peristiwa yang akan menghidupkan semula keadaan kurang tenang di negara ini.
No comments:
Post a Comment