Monday, October 6, 2008

Mendoakan Kebangkitan Indonesia dgn 200 Juta Umatnya

14 tokoh terkemuka Malaysia-Indonesia bermesyuarat Rabu

06/10/2008 4:20pm

KUALA LUMPUR 6 Okt. — Sebanyak 14 tokoh terkemuka dan dihormati dari Malaysia dan Indonesia akan berhimpun di sini pada Rabu bagi mesyuarat kedua Kumpulan Tokoh-tokoh Terkemuka Malaysia-Indonesia(EPG).

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata mesyuarat itu akan menyambung perbincangan mengenai pelbagai program dan aktiviti dua hala dan menentukan hala tuju dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

“Mesyuarat dua hari itu susulan kepada yang pertama yang diadakan di Jakarta pada Ogos tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya mesyuarat EPG Malaysia-Indonesia telah diberikan mandat oleh pemimpin kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Rais berkata mekanisme EPG juga menjadi bukti komitmen kedua-dua negara dalam memastikan hubungan yang harmoni di masa depan.

“Pada masa yang sama mesyuarat ini juga dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala strategik yang sedia terjalin,” katanya.

Katanya Pengerusi EPG-Malaysia Tun Musa Hitam akan mengendalikan mesyuarat itu manakala Pengerusi EPG-Indonesia Gen (B) Tan Sri Try Sutrisno akan mengetuai delegasi negara itu.

— BERNAMA

No comments: